Select Page

DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH

Peluang ke Kota Madinah, Mekah semasa anda di peringkat latihan industri.

Sesi Temuduga Akan Datang

Senarai acara yang akan datang. Pastikan anda datang bersama ibu bapa apabila menghadiri sesi temuduga.

Peluang kerjaya dalam bidang

Bidang Haji dan Umrah mempunyai bidang pekerjaan yang luas di seluruh dunia.

Usahawan dalam bidang Haji dan Umrah

Pembantu pengurus jemaah Umrah

Penolong pegawai hal Ehwal Islam

Penolong pegawai pemasaran

Pengurus syarikat pelancongan Haji dan Umrah

Penolong pegawai Haji dan Umrah

Penolong pegawai operasi

Mutawif dalam bidang Haji dan Umrah

Syarat Kelayakan

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kredit ATAU
  • Lulus STAM dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat maqbul ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

Struktur Pengajian

Carta mengikut dari semester pertama pengajian hingga ke akhir

Semua subjek yang diajar adalah di dalam Bahasa Inggeris. Kesemua subjek telah dikemaskini untuk menepati bidang kerjaya pada masa ini.

“Kenapa Menyertai DPHU?

“DPHU merupakan pelopor konsep ‘keusahawanan berteraskan prinsip siddiq, Tabligh, Amanah dan Fatonah’ dimana bakat, minat, keupayaan akademik pelajar di bangunkan secara bersepadu dengan pengetahuan pengurusan, keusahawanan, hukum hakam, perundangan dan operasi haji & umrah supaya graduan boleh merajui perniagaan ini secara profesional, penuh tanggungjawab dan menjadikannya satu kerjaya & ibadah dunia dan akhirat. Saya menggalakkan pelajar bumiputera menyertainya untuk membolehkan Malaysia menjadi ‘Global Player’ dalam industri ini di dunia.”

Dato’ Sri Haji Kamarudin Mat Ali 
Ketua Program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, Mantan Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji

Yuran Pengajian & Pembiayaan

 

Amaun yang dipamerkan di sini adalah anggaran sahaja. Sebarang perubahan kepada yuran akan diberitahu terus kepada pelajar.

Permohonan

Amaun sebanyak RM500 perlu dibuat untuk pra-pendaftaran.

Pendaftaran

Amaun RM2,000 perlu dibayar semasa pendaftaran.

Permohonan PTPTN

Pembiayaan yuran pengajian akan dibiayai oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Segala urusan permohonan PTPTN akan diuruskan oleh pihak kolej.

Latihan Industri di Mekah

Tambang dan sara hidup semasa latihan industri di Mekah termasuk di dalam jumlah yuran pengajian. Pelajar tidak perlu membuat apa-apa pembayaran untuk ke Mekah.

Soalan & Pertanyaan

Soalan yang selalu menjadi pertanyaan

Anda boleh lihat soalan dan jawapan di bahagian seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang kami.

Adakah Program Diploma Pengurusan Haji & Umrah Di Iktiraf?

Program Diploma Pengurusan Haji & Umrah telah di iktiraf oleh MQA. Untuk melihat bukti kelulusan anda boleh menyemak melalui pegawai bertugas kami.

Bila tarikh untuk saya ke Mekah?

Tarikh untuk bergerak ke Mekah akan diberitahu pada semester terakhir pengajian sebelum latihan industri. 

Saya Perlu Membuat Apa-Apa Pembayaran ke Mekah?

Tambang dan perbelanjaan diri ke Mekah telah dimasukkan sekali di dalam yuran pengajian anda. Anda tidak perlu membuat apa-apa pembayaran tambahan.

Hanya Lepasan SPM Sahaja Yang Boleh Memohon?

Program ini boleh di mohon semua lepasan pengajian dengan minimum pengajian terakhir mestilah SPM.

Boleh Saya Bawa Keluarga Bersama ke Mekah?

Boleh, tetapi perbelanjaan dan tiket penerbangan perlu tanggung oleh keluarga anda sendiri. Notis awal perlu diberitahu pihak kami dahulu sekurangnya sebelum semester terakhir bermula.

Boleh Saya Bawa Kenalan Untuk Mendaftar Sekali?

Boleh, tetapi anda perlu memastikan pendidikan terakhir kenalan anda adalah SPM.

Bersedia untuk memohon?

Isi maklumat anda di borang yang dipamerkan di sini.

Anda memerlukan bantuan?

Hubungi kami 

Office Number+603-2726 2436
Whatsapp : +6019-699 2610
Email : dsk@innovative.edu.my